gambar simpton disleksia |
Terangkan punca-punca disleksia.
Disleksia (dyslexia) disebabkan oleh keturunan (genetik),biologi, dan kematangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999).
Disleksia perolehan dikatakan kesan daripada kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak kelahiran. Nyatakan empat jenis symptom yang berlainan pada kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan?
(i) Disleksia yang dalam teruk (deep dyslexia) dan dikenali juga (phonemic dyslexia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang menyebabkan berubah makna.
(ii) Disleksia phonologi (phonological dyslexia) yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan bukan perkataan.
(iii) Disleksia permukaan (surface dyslexia) yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak-kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama.
iv) Disleksia huruf (word-form dyslexia) dan dikenali juga sebagai Deterine’s Syndrom di mana seseorang yang mengalami disleksia ini hanya boleh faham apa yang dibaca secara kuat dengan menyebut setiap huruf dalam sesuatu perkataan.
Kesan Utama Disleksia Terhadap Pembelajaran?
Payne dan Turner (1999) telah menggariskan kesan utama dan sampingan disleksia terhadap kebolehan murid untuk belajar.
Kesan-kesan utama disleksia terhadap pembelajaran ialah seperti berikut:
(a) Membaca
Kebolehan membaca adalah penting bagi membolehkan murid mempelajari apa yang tersenarai di dalam kurikulum sekolah.- menyebabkan murid tidak dapat belajar sendiri.
-rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan tentang kebolehan sendiri.
(b) Mengeja
-j/ panjang, kebolehan mengeja akan memberi kesan yang lebih negatif daripada kelemahan membaca.- menghadkan kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas.
-menyebabkan murid mendapat markah yang rendah dalam ujian dan peperiksaan.
(c) Menulis
Masalah utama adalah perbezaan antara kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuannya secara lisan dan bertulis. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid disleksia akan memberi kesan yang negatif terhadap penguasaan kemahiran menulis tersebut.
(d) Tulisan
Tiga aspek tulisan perlu diambil kira iaitu boleh dibaca, kepantasaan menulis, dan kematangan tulisan. Kelemahan di mana-mana dalam ketiga-tiga aspek ini boleh memberi kesan negatif kepada kebolehan murid untuk belajar. Murid yang menghadapi masalah ini dipanggil ‘dysgraphia’.
(e) Nombor
Kesukaran yang dihadapi di dalam numerasi adalah serupa seperti kesan yang dialami di dalam literasi. Murid menghadapi masalah untuk membaca teks, menulis bentuk digit dan menulis digit bagi sesuatu nilai nombor. Mereka sukar mengenali nombor dari segi membaca teks, menulis bentuk digit dan menulis bagi sesuatu nilai nombor. Murid yang menghadapi kesukaran yang amat sangat dengan nombor dikenali sebagai ‘dyscaculia’.Terangkan langkah-langkah pengajaran menggunakan kaedah multi sensori kepada kanak-kanak disleksia?
Pendekatan Multi – Sensory merupakan pendekatan yang sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia.yang mengabungkan beberapa deria seperti dibawah
(a) auditori;
(b) visual;
(c) oral; dan
(d) kinestetik.
Bagi menjalankan kaedah pengajaran ini, gabungan kesemua deria dijalankan serentak.
Penggunaan huruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana pelajar boleh:
(a) Mendengar guru menyebut bunyi daripada huruf-huruf;
(b) Melihat huruf-huruf tersebut;
(c) Menyebut kembali huruf-huruf tersebut; dan
(d) Menekap huruf-huruf tersebut menggunakan jari.
Selain itu pelajar juga boleh menggunakan pasir ataupun garam dengan menggunakan dulang sebagai wadahnya. Pelajar boleh:
(a) Mendengar bunyi huruf yang disebut oleh guru;
(b) Melihat huruf yang ditulis oleh guru di atas papan hitam;
(c) Mengulang kembali huruf yang di sebut oleh guru;
(d) Menulis kembali huruf tersebut di atas pasir
*tulisan ini adalah kesinambungan daripada tulisan sebelumnya http://mince-pendidikankhas.blogspot.com/2011/05/disleksiadyslexia.html
*dipetik dari pelbagai sumber untuk kemudahan dan perkongsian ilmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan