Jumaat, 25 Disember 2009

PMR: Pelajar cacat mata dapat 7A


Dis 24, 09 2:03pm
Pencapaian cemerlang seorang pelajar kurang upaya (OKU)) mendapat 7A dalam PMR mengejutkan pengetua SM Pendidikan Khas Cacat Penglihatan di Setapak, Kuala Lumpur hari ini.

"Saya terkejut kerana inilah pertama kali pencapaian akademik pelajar meningkat sehinggakan seorang pelajar istimewa tahun ini mendapat A dalam semua mata pelajaran," kata pengetuanya Che Fatimah Che Abdullah.

Hanson Ang Ping Ting berjaya mendapat 7A, manakala dua yang lain Tan Ee Beng dan Mohammad Razlan Ibrahim Mukhtar masing-masing mendapat keputusan 6A.

Ang, yang berada di Seremban bersama keluarganya, telah menghubungi sekolah dengan telefon untuk mendapat keputusannya.

Che Fatimah turut bergembira kerana 13 daripada keseluruhan 20 pelajar sekolah tersebut yang mengambil PMR tahun ini mencatat kejayaan cemerlang, sekali gus menaikkan pencapaian kecemerlangan sekolah itu kepada 60 peratus berbanding 38.5 peratus pada tahun lepas.

"Usaha guru yang gigih dan komited perlu ada untuk mengajar pelajar istimewa kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih berbanding pelajar normal," kata Che Fatimah.

Di Melaka, pelajar Muhammad Syarifuddin Abu Tahir dari SMK Ayer Molek mungkin rabun jauh tetapi terang hatinya dan hari
ini tersenyum bangga apabila memperoleh keputusan 7A dan 1C dalam PMR.

Muhammad Syarifuddin yang mengalami kecacatan itu sejak kecil, sentiasa memerlukan bantuan rakan dan guru ketika belajar dalam kelas.

"Apabila saya kurang jelas melihat apa perkataan yang guru tulis di papan hitam, saya tidak malu meminta rakan saya untuk membacakannya untuk saya, itulah kebiasaan yang saya lakukan," katanya kepada pemberita.

Muhammad Syarifuddin berkata, kertas soalan yang diberikan kepadanya mempunyai tulisan besar berbanding kertas soalan untuk pelajar lain dan itu amat membantunya. BERNAMA

(sumber : Malaysiakini.com)

Isnin, 6 April 2009

Penempatan Kanak-kanak Khas

program usrah berkumpulan di salah satu
sekolah pendidikan khas pendengaran di Malaysia

PROSEDUR KEMASUKAN MURID

+Sila dapatkan Borang Biodata Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( Pendengaran /penglihatan ) / mana-mana sekolah yang mempunyai program integrasi pendidikan khas / Jabatan Pelajaran negeri masing-masing melalui unit pendidikan khas / Jabatan Kebajikan Masyarakat / di hostipal kerajaan yang berhampiran.
+Menjalani pemeriksaan perubatan di hospital dan disahkan mengalami masalah pendengaran / penglihatan / masalah pembelajaran oleh pakar perubatan yang bertauliah.
+Menghantar borang yang telah lengkap bersama satu salinan surat beranak kepada Pejabat Pelajaran Daerah yang berhampiran untuk diproses.
+Penempatan kemasukan murid diluluskan oleh Pegawai Pelajaran,Pejabat Pelajaran Daerah.


TAHUN PERSEKOLAHAN

Murid- murid diberi tempoh 2 tahun lebih daripada murid normal, sepanjang waktu persekolahan rendah dan menengah

SKPK , SMPK, PROGRAM INTEGRASI RENDAH DAN MENENGAH

# Sepengetahuan penulis terdapat 23 buah sekolah kebangsaan pendidikan khas (pendengaran) di seluruh Malaysia dan berikut adalah pecahannya

Kedah - 2 Perlis -1 P. Pinang-2 Perak -2 Selangor 1 Kuala Lumpur 2
Melaka -1 Johor -3 Pahang -1 Terengganu -2 Kelantan -1 Sarawak 3 Sabah -1

#Terdapat 5 buah sekolah kebangsaan pendidikan khas (penglihatan) di seluruh Malaysia iaitu satu di Johor Bahru, Satu di Kuala Lumpur, satu di Bukit Mertajam, Penang, satu di Kucing Sarawak dan satu di Tuaran Sabah

# Terdapat 2 buah sekolah Menengah Pendidikan Khas Pendengaran di Malaysia. Satu di Shah Alam (Vokasional), Selangor dan satu lagi di Pulau Pinang

# Terdapat sebuah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Penglihatan di Malaysia iaitu di Setapak, Kuala Lumpur

# Terdapat satu sekolah Pendidikan Khas Gabungan (Pendengaran, Penglihatan, Pembelajaran) iaitu di Johor.

# Terdapat banyak program integrasi bermasalah pembelajaran (rendah dan menengah) di seluruh Malaysia.. hubungi Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk mengetahui sekolah yang berdekatan dengan kediaman anda



BAGAIMANA JIKA ANAK ANDA TIDAK DI TERIMA SEKOLAH?

Biasanya bagi kes-kes teruk, sekolah tidak akan dapat menerima anak-anak anda..tapi jangan risau, anda boleh menghantar ke PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) terdekat..cuba tanya guru sekolah di mana anak anda tidak diterima, atau terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan untuk mendapatkan maklumat PDK. Ada juga pusat-pusat jagaan di bawah kendalian NGO seperti contoh di SCASFT di Petaling Jaya untuk kanak-kanak Spastik, Kiwanis utk kanak-kanak Sindrom down Sekolah Pertuturan Qiu di Cheras dan mcm2 lg. Boleh juga intai-intai dan cari maklumat di laman-laman yang saya sediakan di pautan..mana tau dapat membantu

Ahad, 5 April 2009

Prosedur Luar Jangkaan

Kepada guru-guru yang sedang melanjutkan pelajaran yang ingin mengetahui dan melaksanakan tatacara prosedur luar jangkaan ke atas murid khas..saya umumkan saya ada contoh yang saya buat...tidakla sempurna tapi cukup untuk dibuat panduan...boleh hubungi saya untuk mendapatkan copy sebagai rujukan ... bukan tiru kehkehkeh

p/s (contoh perlaksanaan adalah ke atas murid gabungan pekak dan MR)

PENDIDIKAN KHAS - Apa dan Untuk Siapa?

Apa?

Suatu ketika dahulu bila sebut “Pendidikan Khas” sahaja, pasti ramai yang terbayangkan Maktab Perguruan Ilmu Khas (dahulunya dikelali sebagai Special Teacher Training Institute STTI kini ditukar lagi kepada Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas), sebuah institusi pendidikan yang melahirkan graduan-graduan pendidikan khas yang terawal bagi membantu mengembangkan lagi pendidikan khas di Malaysia. Namun kini, selain maktab tersebut, banyak institusi-institusi pengajian mula menjadikan pendidikan khas sebagai salah satu daripada program mereka seperti Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia. Perkembangan ini menunjukkan bahawa pendidikan khas mula mendapat perhatian pelbagai pihak. Pertambahan bilangan guru biasa yang melanjutkan pelajaran ke bidang ini juga adalah bukti pendidikan khas semakin diminati untuk dikaji. Apakah Pendidikan Khas?

Pendidikan khas didefinisikan Hallahan dan Kaufman sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Sementara itu, Gargiulo (2003) pula menjelaskan pendidikan khas sebagai sebuah program pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) pula cuba melebar-luaskan idea Gargiulo dengan mengatakan pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi.
Manakala Mansor (2005), menyatakan bahawa program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

Siapa?

kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas adalah mereka yang kebiasaannya memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka daripada mengikuti pelajaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka mungkin memiliki satu atau lebih gabungan kecacatan dan kekurangan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal yang akhirnya menyebabkan mereka memerlukan kepada satu bentuk pendidikan yang berbeza yang sesuai dengan kecacatan dan kekurangan yang mereka miliki

lagi? hubungi penulis