Haikal - Kanak kanak autisme teruk yang pandai |
Di dalam Pendidikan Khas dan dunia kanak-kanak istimewa, salah satu jenis penyakit/kecacatan yang sering diberi tumpuan oleh ramai orang adalah Autisme. Tidak seperti kecacatan lain, autisme seolah-olah mendapat tempat di hati banyak orang untuk diperkatakan, malah saya kerap juga terjumpa artikel-artikel tentang autisme di dada-dada akhbar tempatan. Jika kita rajin ke kedai-kedai buku, kita juga mungkin akan mendapati bahawa di sana terdapat banyak buku tentang autisme. Dengan sebab itulah maka, saya memerihalkan subjek ini agak lewat daripada subjek kecatatan yang lain.
Apa?
- Istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bermakna 'diri sendiri' dan isme yang bermaksud aliran/faham/mazhab.
- Dalam bahasa mudah, autisme bolehlah simply diberikan maksud kanak-kanak/ orang/ individu yang berada dalam dunianya sendiri.
- Terlalu banyak definisi yang diberikan oleh beberapa pakar tentang autisme yang berbeza-beza mengikut kefahaman masing-masing tetapi pada dasarnya adalah hampir sama
- Jika ditelaah di dalam kebanyakan buku, sudah pasti anda akan berjumpa dengan definisi daripada persatuan Autisme Amerika Syarikat, namun untuk saya, saya memilih definisi dari NASOM untuk dikongsi bersama
- " Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Kerap sekali, mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam seni muzik, "rote memory" dan lain-lain."
Punca sebenar autisme adalah kompleks dan dalam kebanyakan kes, punca yang menyebabkan autisme adalah tidak diketahui. Autisme mempunyai kecelaruan yang berbagai-bagai dan kajian -kajian terkini lebih tertumpu kepada masalah genetik, masalah semasa dan selepas kelahiran, kefungsian otak, dan faktor-faktor neurochemical dan imunilogikal. Saya rasa, tidak perlu saya terangkan dengan panjang dan lebar tentang ini kerana mod penulisan dalam blog ini bukanlah berbentuk tulisan ilmiah tetapi adalah berbentuk user-friendly yang bertujuan memberi maklumat serba ringkas tetapi padat. (harapnya)
Ciri-Ciri?
Komunikasi
- Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung
- Tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain seakan-akan dia seperti menghadapi masalah pendengaran
- Jarang menggunakan bahasa
- sukar diajak berbual.. kadang kala sahaja bercakap atau yang lebih berat langsung tak mahu bercakap
- Jawapan tidak selari dengan soalan..(tanya lain, jawab lain)
- suka mengulang perkataan
- sesetengah mereka suka bersendirian..
- susah nak dapat kontak mata bila bercakap denganya
- sesetengah mereka tidak suka bermain dengan rakan
- suka menjauhkan diri dan duduk disuatu sudut / jika bersama orang ramai, dia seperti 'lost'..senyap je.
- Sensitif pada sentuhan
- tidak suka dipegang ataupun dipeluk
- sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
- Tidak suka bermain dengan rakan sebaya;
- Cara bermain tidak mengikut kebiasaan;
- Suka objek yang berputar;
- Suka memutar-mutar objek; dan
- Obses atau menyukai sesuatu benda secara berlebihan
- Samaada hiperaktif atau hipoaktif
- sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab.. Biasa mengamuk jika tidak dituruti kemahuannya (Biasanya kepada autistic yang hiperaktif)
- Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosi terganggu.
- Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
Ciri-ciri yang saya senaraikan di atas bukanlah menggambarkan bahawa seorang kanak-kanak itu akan ditakrifkan autisme jika semua ciri-ciri yang disebutkan tadi ada pada diri mereka. Memadai ada dua tiga ciri, yang dominan dan menjadi sifat yang kekal lama, maka ia mungkin menghadapi autisme. Seorang kanak-kanak autisme dan seorang kanak-kanak autisme yang lain mungkin mempunyai perbezaan atitud. Ada kanak-kanak autisme yang hiperaktif, ada kanak-kanak autisme yang hypoaktif (pasif/slow). Ada yang mempunyai kelebihan dalam bakat melukis, ada yang dikurniakan pandai dan suka menyanyi. Satu perkara yang 'frequent' yang kanak-kanak autisme lakukan ialah ia melihat sesuatu benda secara keseluruhan, sebagai contoh perkataan se ko lah, mereka biasanya akan melihat sebagai sekolah. Pembelajaran secara sukukata mungkin tidak memberikan kesan yang positif bagi mereka.
baca juga untuk cerita
http://mince4am.blogspot.com/2009/04/haikal.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan