ini murid pendidikan khas tetapi bukan yang mengalami
disleksia. sekadar gambar penyedap mata kehkehkeh
Apa?disleksia. sekadar gambar penyedap mata kehkehkeh
- secara umum dan tohor serta cetek, disleksia ialah orang yang mengalami masalah membaca dan bertukar-tukar huruf. Huruf lazim yang biasa golongan ini tertukar ialah 'b' dan 'd', 'w' dan 'm'. Golongan ini juga biasanya menulis huruf-huruf terbalik seperti huruf 's' nombor '4' huruf 'z' dan sebagainya.
Definisi KPM
- murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran/kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.
Ciri-ciri.
1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
- Lambat bertutur
- Mengalami kesukaran sebutan atau rima
- Sukar menulis nama sendiri
- Payah mengenal bentuk atau warna
- Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
- Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
- Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
- 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Khas Melalui Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas di setiap Jabatan Pelajaran Negeri ada menyediakan program khusus untuk murid-murid seperti ini dengan syarat:
- murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1 sekurang-kurangnya 6 bulan
- murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas
- keputusan saringan menggunakan Senarai Semak Disleksia menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan
Masalah Sekolah.
Sesetengah ibu bapa tidak mampu untuk menghantar anak ke sekolah yang mempunyai program spesifik pembelajaran disleksia kerana kebanyakkannya program ini hanya terdapat di bandar-bandar. Contohnya mereka di Kuala Berang, tidak sanggup untuk menghantar anak mereka ke Kuala Terengganu, atau mereka yang berada di Gua Musang, tidak akan sanggup menghantar anak mereka ke Kota Bharu. Di sekolah-sekolah integrasi seperti ini pula, asrama tidak disediakan..jadi agak sukar.
Cadangan saya.
-Hantar anak/adik anda ke kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajran (PPKIBP) yang terdekat [sila rujuk pejabat pelajaran daerah masing-masing untuk senarai lengkap sekolah].
-Walaupun tiada pembelajaran spesifik seperti di sekolah-sekolah yang saya maksudkan tadi, namun PPKIBP mampu menerima anak/adik anda. Setiap guru di PPKIBP mempunyai RPI (Rancangan Pengajaran Individu) mengikut tahap dan kategori masalah murid.
-Jika sekiranya pemikiran anak/adik anda searas dan mampu untuk belajar di kelas perdana/biasa, guru-guru PPKIBP mungkin akan inklusifkan mereka ke kelas biasa dan memantau perkembangan mereka. Jangan Risau! Berkomunikasilah dengan guru-guru pendidikan khas tersebut,
Peluang Kejayaan.
Individu yang mengalami disleksia yang berjaya adalah seperti, Albert Einstein, Tom Cruise, Sylvester Stallone dan Lee Kuan Yew serta ramai lagi. Tetapi saya nasihatkan janganlah meletakkan ekspetasi yang terlalu tinggi. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. kalau pun tidak berjaya seperti personal yang saya sebutkan di atas, biarlah mereka menjadi anak yang soleh dan yang sekurang-kurangnya boleh menjaga ibu bapa suatu hari kelak :)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengejakan amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam Syurga yang penuh dengan kenikmatan" - Yunus 10:9
assalamualaikum tuan...kalau saya di kuala terengganu...
BalasPadamkemanakah tempat yang harus saya tuju untuk pemeriksaan disleksia...