Selasa, 30 Oktober 2012

Sisi Lain

Off topic

Maafkan saya kerana entri kali ini tidak berkait rapat dengan pendidikan khas secara spesifik atau menjurus kepada sekutunya. Tetapi kadang kala sesuatu topik yang dibincangkan secara berterusan tanpa selingan akan membuatkan kita bosan...baik sebagai seorang penerima ilmu, mahupun sebagai seorang pengongsi ilmu. Sebenarnya hal inilah yang menjadi serampang dua mata kepada stesen televisyen di seluruh dunia, bila mana mereka meletakkan iklan pada setiap program tv yang ditayangkan. Pertama, penonton akan menjadi lebih rilek dan keduanya, stesen televisen mengaut untung dengan siaran iklan yang ditayangkan. Mudah!


Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada

Saya bukanlah arif dalam subjek yang akan saya perkatakan di sini nanti.. Ia hanyalah percubaan diri untuk terjun ke satu ruang yang jarang-jarang saya buat. Bukan niat untuk test market, sebab buat tika dan saat ini memang saya tidak berminat dengan apa yang saya lakukan (tulis) sekarang, namun siapa tahu suatu hari nanti saya bertukar arah ,bak kata pepatah sekali air bah, sekali pasir berubah..Wallahua'lam

Semak-semak disiangi, rimbun-rimbun ditutuh

Jadi apakah dia? Makan..la nak cakap pasal makan aje ke? Ha'ah..makan dan makanan.Sebagaimana saya cakap tadi, saya bukanlah arif tentang subjek ni. Hal ini dapat dilihat dalam tulisan saya di blog saya yang lain tentang makanan di --> sini. Tapi kenapa tulis juga pasal makanan? Sebagaimana saya cakap tadi, ianya hanyalah percubaan menulis dalam ruang lingkup yang lain. Disamping itu, saya terpanggil untuk sama-sama menolong kawan mempromosikan kedai makan yang mereka usahakan. Saya suka 'effort' orang muda!

Char Koey Teow Station

Itulah nama kedai mereka. Kedai ini diusahakan oleh tiga orang sahabat yang sama-sama bersekolah di tempat yang sama satu ketika dulu. Persahabatan baik mereka akhirnya membawa mereka ke bawah satu bumbung yang sama dalam lapangan kerja dan perusahaan. Dan sebagaimana nama kedainya, maka CKTS (Char Koey Teow Station) mensasarkan char kuey tiow sebagai menu utama..bahkan sebenarnya tiada menu lain selain itu. Saya sendiri pun agak kehairanan pada mulanya dengan konsep kedai makan sebegini, tetapi akhirnya mula sikit demi sedikit memahami konsep kedai CKTS. Rupanya, kedai char koey teow kat tempat lain pun memang jual char koey teow je. kahkahkah...Tapi khabarnya akan ada makanan sampingan juga untuk kedai ni nanti.

Sebagai seorang yang tidak menggilai makanan, adalah tidak adil untuk saya 'review' masakan char koey teow yang disediakan di sini, lagi pula saya  memang jarang makan char koey teow kat tempat lain. Jadi tidak dapatlah saya membuat banding beza tentang rasa char koey teow tersebut. Namun, setiap kali saya datang ke sini walaupun sekadar untuk lepak-lepak, saya tidak akan terlepas untuk memesan char koey teow. Jadi apa maksudnya? Maksudnya pada tekak saya, ianya sedap. Maaf, saya tidak boleh review lebih dari itu kerana saya tak tahu tentang masakan dan makanan. Jadi untuk mengetahui bagaimana rasa sedapnya terpaksalah pergi sendiri..alah bukannya susah nak cari...


CKTS beroperasi di sebelah malam. Ia terletak bertentangan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, di Kuala Ibai. Awas, jika anda sudah berada dekat dengan masjid Tengku Sulong, adalah dinasihatkan supaya untuk memperlahankan kenderaan kerana ia sudah terlalu hampir..bukan apa, takut terlajak. Jika dari arah bandar pula, anda terpaksa membuat pusingan 'U' seusai melewati SMKSS. Lokasinya mudah dan mempunyai tempat parking yang luas tanpa perlu mengambil risiko parking di bahu jalan.

Saya sangat tertarik dengan motto kedai ini "InsyaAllah Kenyang". Tanpa menjanjikan dan menguwar-uwarkan sesuatu yang nampak hebat seperti "Cuba sekali, pasti nak lagi!", atau  " Sudah makan termimpi-mimpi" atau apa-apa sahaja yang nampak boom, kedai ini telah dengan sendirinya sebenarnya hebat. Orang tua-tua dahulu pasti suka dengan contoh 'resmi padi' sebegini. Saya pernah mencadangkan supaya disikitkan ckt yang dihidangkan kerana saya sendiri kadang-kadang tidak dapat menghabiskannya sepinggan tapi nampaknya, cadangan saya ditolak. Mereka benar-benar mahukan pelanggan mereka kenyang, bukan keuntungan semata-mata. Subhanallah, saya doakan keberkatanlah untuk mereka.

Ustaz Syed Norhisham Madrasah Aqidah pun mai sini hor

Bila teringat salah seorang dari tukang masak di kedai ini adalah seorang peguam, saya seringkali tersenyum sendiri..mana nak cari peguam menggoreng di dapur beb..Gambaran umum, biasanya peguam akan dilihat sebagai seorang yang serius, Bersikap bossy! Di sini tidak, peguam pun memasak. Dan istimewanya, ketiga-tiga sahabat ini boleh memasak. Pendek kata jika terjadi apa-apa kepada tukang masak, anda tidak akan merasa kempunan untuk menikmati char koey teow kerana mereka semua boleh memasak untuk anda. Harganya pun berpatutan. Jadi, apa tunggu lagi? Silalah ke Char Koey Teow Station..InsyaAllah Kenyang..SELAMAT MENJAMU SELERA

p/s: jika anda mengunjungi kedai tersebut, anda pasti setuju bahawa entri ini masih berkait bau-bau bacangnya :)