Ahad, 31 Januari 2010

Pusat perkhidmatan Pendidikan Khas

Jika anda mempunyai masalah tentang anak-anak anda yang mempunyai masalah kecacatan (pendengaran, pembelajaran, penglihatan) tetapi tidak tahu ke mana hendak di tuju, maka saya cadangkan anda menghubungi Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK). Pusat ini bersifat saling melengkapi kepada agensi-agensi yang terlibat secara langsung dalam hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan keperluan khas.

Antara perkhidmatan yang disediakan dan atau patut mereka sediakan ialah;
1) Khidmat terapi pertuturan
2) Khidmat audiologi
3) Kaunseling ibu bapa
4) Toy library
5) Pusat Rujukan
6) lain-lain

Jika sekiranya mereka tidak berupaya untuk mencari solusi kepada masalah anda atau apa-apa yang membuatkan anda runsing, insyaAllah mereka tahu ke mana sepatutnya anda akan di bawa seterusnya. Berikut adalah alamat 3PK setiap negeri (Sesetengah no. telefon yang digunakan adalah kepunyaan pejabat SKPK, dinasihatkan minta tolong sambungkan kepada 3PK yang berada di sekolah tersebut)

1) Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas
Bahagian Pendidikan Khas, KPM
d/a SKPK Alor Setar
Kuala Alor 05400 Alor Setar, Kedah
04-7325168
(ini adalah contoh alamat penuh, yang seterusnya akan menggunakan singkatan)

2) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Ipoh
Jln Tunku Abdul Rahman
Anjung Tawas
312oo Chemor, Perak. (05-2910310)

3) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Melaka
KM 4, Jalan Semabok
75050, Melaka (062840205)

4) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Johor Bahru
JKR 5739 Jln Pahlawan 17
Taman Ungku Tun Aminah
81300 Skudai, Johor. (075566181)

5) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Kuala Terengganu
21080 Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. (09-6163226, 096163221)

6) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Kota Samarahan
Jln Datuk Mohamad Musa
91300 Kota Samarahan, Sarawak (082-255605)

7) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Kelantan
17000, Lati, Pasir Mas, Kelantan. (09-7912326)