Isnin, 9 April 2012
Kes berat yang sepatutnya tidak terjadi
Ahad, 8 April 2012
Mengenal ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)
![]() |
| gambar ini dicuri dari google kahkahkah |
Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu. Kanak-kanak dengan masalah ADHD adalah kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Disebakan oleh;
1. Faktor fisiologi seperti keturunan, perbezaan fungsi otak dan faktor biokimia dalam badan pesakit. Kanak-kanak yang ibu bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD. Bagi perbezaan fungsi otak, ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain. Otak mereka juga dikatakan terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.Bagi faktor biokimia, ia dikatakan bahawa neurotransmitter yang memancarkan maklumat daripada tiga bahagian yang disebutkan di atas kepada bahagian lain, tidak dipecahkan dan diserapkan semula dengan sempurna ke dalam otak
2. Faktor persekitaran- Kecederaan otak selepas pranatal akibat pengambilan alkohol, dadah dan merokok oleh ibu. Semasa kelahiran, kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen. Demam panas yang teruk juga memungkinkan individu mendapat kecederaan otak yang boleh menyebabkan ADHD. Begitu juga kemalangan yang mencederakan bahagian otak.
3. Faktor yang tidak dibincangkan oleh ahli sains.. mungkin faktor hubungan suami isteri dalam tempoh-tempoh yang tidak dibenarkan...jadi AWAS.. jangan melanggar hukum :) [tolong fikir dan ajukan sebarang kemusykilan jika ada kepada saya]
- Kecelaruan ini adalah berkembang, iaitu bermula sebelum umur 7 tahun dan biasanya boleh dikesan oleh ibu bapa ketika masih kecil lagi
- Tidak upaya untuk memberi tumpuan
- Individu ADHD mungkin mempunyai tahap impulsitiviti yang tidak sesuai dengan umur mereka
- Bila dibanding dengan rakan sebaya, murid ADHD kerap dikatakan sebagai tidak boleh diam dan sangat aktif
- Murid ADHD menunjukkan kecelaruan tanpa mengira keaadaan dan tempat. Namun begitu petunjuk-petunjuk ADHD lebih menonjol di sekolah disebabkan struktur dan juga jangkaan di situ
- Suka mengalihkan pandangan bila bercakap dengan orang
- Perhatikan mata si dia, jika kelopak mata sebelah menyebelah jauh, individu itu mungkin mengalami ADHD atau jika mata si dia selalu meliar, itu di jamin 50% ada unsur-unsur ADHD
| contoh kanak-kanakADHD (cuba perhatikan kelopak matanya) |
Tidak perlu terlampau bimbang dengan kehadiran cahaya mata yang mengalami ciri-ciri tersebut kerana semua itu adalah Nikmat Allah yang kita tidak tahu apa hikmahnya. Jika kena gaya dan usaha didikannya InsyaAllah mereka masih boleh dibentuk berdasarkan tahap keseriusan ADHD yang dialami oleh individu tersebut. Murid ADHD kebanyakkannya belajar berdasarkan latihan dan persekitaran yang membantu. Dalam mendidik perlulah ada kelembutan dan ketegasan dan arahan yang jelas terhadap peraturan-peraturan.
![]() | ||
| selamat belajar ilmu alam (ini adalah kanak-kanak ADHD) |
Cuba perhatikan kelopak mata si dia (kebanyakan buku-buku tidak memasukkan ciri ini kedalam ciri-ciri umum ADHD). Boleh lihat dengan jelas bahawa kelopak mata antara satu sama lain berada berjauhan. Kanak-kanak ini adalah salah satu contoh individu ADHD teruk. Sebelum mendapat didikan dan latihan yang baik dia adalah seorang yang sangat agresif, menyerang rakan sebaya dan guru-guru dengan pensil dan apa sahaja benda tajam. suka meracau, tidur dalam longkang, bawah meja dan sebagainya. Suka mengganggu orang lain, emosi selalu kacau,. tidak boleh memberi tumpuan dan tidak boleh belajar. Ada sikap mencederakan orang lain dan diri sendiri. Tidak boleh berkawan. Malah dia sering ditolak untuk diterima bersekolah pada keadaannya sedemikian walaupun di sekolah khas sendiri. Setelah menjalani didikan yang kena pada cara, extra care, latihan, penegasan, berkawan dan berbuat baik.. sekarang dia sudah boleh berkawan, sudah mengenal siapa guru, siapa kawan, boleh duduk sama-sama belajar [tetapi dia tidak cerdas sebab mengalami masalah lain juga, pekak dan slow learner], ada sifat tolong menolong, tahu peraturan dan sebagainya. Semakin membesar semakin baik.
jadi;
jangan risau... sangat. Kuatkan semangat!
entri seterusnya akan menyentuh secara umum tentang kriteria menentukan ADHD dan keperluan pendidikan. Mungkin akan disertakakan dengan syor-syor medikasi atau sebagainya dan Q & A tentang ADHD
Q & A : Disleksia @ Dyslexia
![]() |
| gambar simpton disleksia |
Terangkan punca-punca disleksia.
Disleksia (dyslexia) disebabkan oleh keturunan (genetik),biologi, dan kematangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999).
Disleksia perolehan dikatakan kesan daripada kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak kelahiran. Nyatakan empat jenis symptom yang berlainan pada kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan?
(i) Disleksia yang dalam teruk (deep dyslexia) dan dikenali juga (phonemic dyslexia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang menyebabkan berubah makna.
(ii) Disleksia phonologi (phonological dyslexia) yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan bukan perkataan.
(iii) Disleksia permukaan (surface dyslexia) yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak-kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama.
iv) Disleksia huruf (word-form dyslexia) dan dikenali juga sebagai Deterine’s Syndrom di mana seseorang yang mengalami disleksia ini hanya boleh faham apa yang dibaca secara kuat dengan menyebut setiap huruf dalam sesuatu perkataan.
Kesan Utama Disleksia Terhadap Pembelajaran?
Payne dan Turner (1999) telah menggariskan kesan utama dan sampingan disleksia terhadap kebolehan murid untuk belajar.
Kesan-kesan utama disleksia terhadap pembelajaran ialah seperti berikut:
- menyebabkan murid tidak dapat belajar sendiri.
-rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan tentang kebolehan sendiri.
- menghadkan kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas.
-menyebabkan murid mendapat markah yang rendah dalam ujian dan peperiksaan.
Terangkan langkah-langkah pengajaran menggunakan kaedah multi sensori kepada kanak-kanak disleksia?
Pendekatan Multi – Sensory merupakan pendekatan yang sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia.yang mengabungkan beberapa deria seperti dibawah
(a) auditori;
(b) visual;
(c) oral; dan
(d) kinestetik.
Bagi menjalankan kaedah pengajaran ini, gabungan kesemua deria dijalankan serentak.
Penggunaan huruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana pelajar boleh:
(a) Mendengar guru menyebut bunyi daripada huruf-huruf;
(b) Melihat huruf-huruf tersebut;
(c) Menyebut kembali huruf-huruf tersebut; dan
(d) Menekap huruf-huruf tersebut menggunakan jari.
Selain itu pelajar juga boleh menggunakan pasir ataupun garam dengan menggunakan dulang sebagai wadahnya. Pelajar boleh:
(a) Mendengar bunyi huruf yang disebut oleh guru;
(b) Melihat huruf yang ditulis oleh guru di atas papan hitam;
(c) Mengulang kembali huruf yang di sebut oleh guru;
(d) Menulis kembali huruf tersebut di atas pasir
Ahad, 1 Januari 2012
a very brief intro for..
Autism
Autism is hard to define in an exact word but can be trace by looking some characteristics to it. In general we can say that autism is someone who is likely to have his/her own world, without to much intention towards others, but it’s not exactly true to some cases. This is happens because there’re certain individual who has suffered autism do care about others. Some do care followed by times but many of them are generally careless.
People with autism are called autistic. As what has been told earlier that they have their own world, so that they keep to themselves and without help it’s hard to communicate to them. Autistics may act and react to what’s going on around them in atypical way.
Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)
Kids who have ADHD are not bad, lazy, or stupid. They have a disorder that means they might have problems paying attention or sitting still in their seats[4]. A person suffered ADHD habitually doing things without thinking the cause and effect. Sometimes they can be disorganized, distracted, or forgetful. They might lose things and have trouble finishing assignments. They may wiggle around in their seats, move around a lot, talk too much, or interrupt other people's conversations. Since then, most of the classroom in Malaysia that has a person with ADHD, especially a severe ADHD frequently set up a grill to its door. This is to avoid them to run away and to ensure safety.
Jumaat, 27 Mei 2011
kerja
Saya juga mempunyai seorang murid yang 'slow learner' yang saya namakan sebagai Saiful. Saiful telah kehilangan ayahnya hampir 7 bulan yang lalu akibat meninggal. Ibu saiful tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pampasan yang diperolehi hasil kematian suaminya selama hampir 4 bulan. Setelah itu dia berkahwin. Selepas berkahwin dia bekerja, suaminya iaitu ayah tiri saiful juga bekerja.. sebelah malamnya pula ayah tirinya menjual burger. Setelah berkahwin, dua orang abang Saiful iaitu yang tengah yang berada di dalam tingkatan satu dan yang berada dalam darjah enam darjah dihantar ke rumah anak yatim. Semua perbelanjaan ditanggung percuma oleh pusat anak yatim tersebut. Saya berkata begitu sebab sayalah yang bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran supaya anak-anak ini boleh diterima masuk ke rumah pusat anak yatim tersebut. Saiful tinggal bersama ibunya, ayah tirinya dan juga kakaknya yang berada dalam tingkatan tiga dan adiknya yang masih belum sekolah.. Saiful selalu berpakain comot ke sekolah. Bajunya langsung tidak diseterika. Setokinnya hitam kelat, begitu juga dengan kasutnya. Dia memang serabai gila.. dan dia terlalu aktif dan selalu membuli kawan-kawan yang lain yang lemah dan yang bermasalah seperti Haikal dan yang mempunyai kecacatan yang teruk berbanding dirinya. Dan Dia selalu bermasalah kewangan.. dan runcing. Itu ceritanya yang ketiga.
Berikut adalah petikan terus dari blog ustaz Zaharudin Abdul Rahman ;
Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.
Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :-
للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن
Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 )
Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :-
ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده
Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306)
Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif :
من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له
Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT" ( Riwayat Ibn 'Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak aku kenali )
Justeru, bekerja dan mencari nafqah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut ( Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280)
Sejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi
Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Cuma sebahagian waniat islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekala berdasarkan keperluan.
Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.
Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan 'Khandaq'.
Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa' binti `Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup.
Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.
Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa' untuk menjalankan tugas al-hisbah atau 'Shariah auditor' di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.
Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :-
1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-
a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.
b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.
c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.
d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.
2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.
3) Mestilah keluarnya untuk bekejra dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.
4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.
Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :-
وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ
Ertinya : "Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki).
Musa berkata: ""Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?"" Kedua wanita itu menjawab: ""Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya" (Al-Qasas : 24 )
5) Mendapat izin wali atau suami.
6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)
7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.
8) Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.
9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.
Dan ini pula adalah kesimpulan dari tulisannya:
- Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
- Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
- Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
- Suami isteri bekerja adlaah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.
Isunya, adakah wanita bekerja dapat memenuhi apa yang diysratkan seperti di atas?
1) Saya tahu, ramai wanita yang bekerja kerana berfikiran bahawa tidak guna belajar tinggi-tinggi kalau akhirnya memerap dirumah ; dan
2) tidak percaya kepada kemampuan pendapatan suaminya; dan
3) merasa lebih berharga diri dan mulia jika bekerja; dan
4) ingin bermewah-mewah dengan harta (pendapatan sendiri)
1) Silapnya interpretasi bahawa belajar adalah untuk bekerja dikesan sejak awal lagi. Tidak hairanlah jika ada saja isu bakal guru yang habis belajar marah-marah kerana tidak dapat posting. Belajar sebenarnya adalah untuk capaian ilmu. Dan ilmu itu adalah untuk digunakan dalam urusan dunia bila perlu dan juga untuk bekalan ke akhirat. Tidak semestinya seseorang yang mengambil jurusan mekanikal akhirnya bekerja di lapangannya. Dia boleh menjadi seorang penternak atau peladang jika itu suratannya dan jika itu minatnya. Tetapi dia masih lagi boleh menggunakan ilmu mekanikalnya dalam urusannya seperti membaiki keretanya yang rosak, atau mungkin boleh membaiki traktornya yang meragam. Begitu juga seseorang yang mengambil jurusan agama, tidak semestinya dia bekerja sebagai seorang ustaz atau bekerja di pejabat agama, jakim dan yang sewaktu dengannya. Ramai ustaz yang berniagakan? Ilmu yang dipelajarinya boleh memandu dalam urusan perniagaanya, halal haram, riba ke tak dan sebagainya. Dan apa dihairankan jika seorang suri rumahtangga sepenuh masa mempunyai ijazah dalam kejuruteraan awam, dia juga boleh menggunakan ilmu yang dipelajarinya bila perlu contohnya menjadi penasihat kepada suaminya yang ingin membina reban ayam.. dia boleh cadangkan tempat yang sesuai dan struktur binaan yang kukuh bagi kerja-kerja buruh suaminya.. tidakkah ilmu itu berguna? atau mungkin dia boleh mendidik anaknya untuk menjadi seorang jurutera kelak..semua ilmu itu berguna di mana pun tempatnya. Tidak semestinya dilapangan kerja. Sekarang pun ramai ahli sains yang akhirnya berkecimpung dalam bidang dakwahkan? so apa penjelasannya..
2) Silapnya interpretasi bahawa rezeki itu datangnya daripada hasil kerja. Perlulah diketahui, dan difahami kembali bahawa rezeki itu datang dari Allah Taala. Kerja hanyalah sebagai usaha mendapatkan rezeki. Rezeki itu tidak dapat tidak datangnya daripada Allah. Pernahkah kita, sewaktu duduk beristirehat di rumah, tiba-tiba ada jiran datang membawa buah tangan. Adakah rezeki itu datang dari kerja? Mari kita lihat apa penjelesan kepada cerita dua dan cerita tiga yang saya utarakan pada mula-mula tadi. Ayah tiri Saiful bekerja di workshop, sebelah malamnya berniaga burger. Ibu Saiful juga bekerja. Tetapi keluarga ini senantiasa tidak cukup wang sehinggakan terpaksa berhutang dan kadang-kadang guru pula terpaksa menjelaskan hutang-hutang mereka terlebih dahulu. Kedudukan kewangannya sentiasa runcing! Ayah Haikal bekerja sebagai operator di kilang papan. Pakai seluar sekerat. Ibunya tidak bekerja. Keluarga ini tidak mempunyai masalah kewangan, dan sentiasa dengan sukacita menjelaskan apa-apa bayaran persekolahan anaknya. Jika diikutkan pengeluaran kos, keluarga Haikal lebih banyak menggunakan kos kerana Haikal juga mendapat rawatan susulan di hospital, tetapi Saiful tidak. Di sini jelas sekali, rezeki seorang ibu ialah dengan barakahnya menjaga rumahtangga. Haikal sentiasa berpakaian bersih dan bersetrika manakala Saiful comot. Banyak lagi kes sebegini sebenarnya, jika dikaji dan di cari. Ingatlah, jika kita mencari keredhaan Allah, InsyaAllah rezeki yang sempit akan diluaskan. Dalam hidup berumah tangga sebenarnya, matlamat asal ialah saadah dan sakinah (kebahagian dan ketenangan) bukan rumah besar tiada penghuni dan bukan harta atau anak-anak yang ramai tetapi merisaukan. Ramai yang percaya,....tetapi tidak yakin kan?
3) untuk penjelasan kepada isu ini saya bawakan petikan langsung dari Uzar;
Lelaki secara umumnya berbanding wanita, diberikan oleh Allah SWT lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)
"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.
"jawapannya bukan semudah itu" jawab saya.
"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menopos pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"
"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.
Nabi SAW bersabda :
لأن تصلى المرأة في بيتها خير من أن يصلى في حجرتها , ولأن تصلى في حجرتها , خير من أن تصلى في الدار , ولأن تصلى في الدار خير من أن تصلى في المسجد
Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )
Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara.
Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki. Wanita dikira silap apabila meletakkan 'standard' dan 'silibus' kejayaan lelaki (yang ditentukan Allah tentunya) sebagai 'standard' kejayaannya juga. Sedangkan, 'silibus' dan 'standard' kejayaan wanita adalah tidak sama dengan lelaki dalam banyak hal, saya tidak nafikan ada yang sama tetapi bukan dalam hal kerjaya.
Akibatnya berbondong wanita bekerja kerana menggangapnya sebagai satu KEJAYAAN dan kemuliaan baginya. Apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah.
4) Terang-terang dalam syarat ketujuh di atas (tulisan UZAR-warna merah) tidak dibolehkan. :)
vi
Kenapa saya menulis?
a) memberi penghargaan kepada para ibu yang sanggup berhenti kerja demi memastikan kerukunan rumah tangga termasuk menjaga anak-anak dalam keadaan kemodenan dunia yang tanpa disedari telah mengheret kepada generasi yang sibuk dengan dunia. Dalam kes ini saya mengangkat tabik spring kepada Nurhakimah Zuber.
b) Memberi motivasi kepada kaum ibu yang tidak bekerja supaya tidak berasa rendah diri kepada golongan wanita yang bekerja kerana sesungguhnya pekerjaannya dirumahlah yang lebih mulia. Rumah adalah kilang awal kepada produk generasi akan datang. Sungguh, jangan mengharapkan orang lain mendidik anak-anak kita supaya sempurna, kita sepatutnya membina acuan..guru, sekolah dan masyarakat membentuknya supaya ia cantik sahaja, itu pun kalau berjaya!
-aik kenapa lak tulisan jadi kecik nih.
-akan datang mungkin akan ditulis mengenai generasi akan datang
inspired n rewired by :
- mince4am's Guru mendidik itu melawan!
- UZAR's ukuran kejayaan wanita seperti lelaki?
- UZAR's Hukum wanita bekerja dengan keputusan fiqh dunia
Khamis, 19 Mei 2011
Disleksia@Dyslexia
disleksia. sekadar gambar penyedap mata kehkehkeh
- secara umum dan tohor serta cetek, disleksia ialah orang yang mengalami masalah membaca dan bertukar-tukar huruf. Huruf lazim yang biasa golongan ini tertukar ialah 'b' dan 'd', 'w' dan 'm'. Golongan ini juga biasanya menulis huruf-huruf terbalik seperti huruf 's' nombor '4' huruf 'z' dan sebagainya.
Definisi KPM
- murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran/kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.
Ciri-ciri.
1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
- Lambat bertutur
- Mengalami kesukaran sebutan atau rima
- Sukar menulis nama sendiri
- Payah mengenal bentuk atau warna
- Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
- Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
- Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
- 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Khas Melalui Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas di setiap Jabatan Pelajaran Negeri ada menyediakan program khusus untuk murid-murid seperti ini dengan syarat:
- murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1 sekurang-kurangnya 6 bulan
- murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas
- keputusan saringan menggunakan Senarai Semak Disleksia menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan
Masalah Sekolah.
Sesetengah ibu bapa tidak mampu untuk menghantar anak ke sekolah yang mempunyai program spesifik pembelajaran disleksia kerana kebanyakkannya program ini hanya terdapat di bandar-bandar. Contohnya mereka di Kuala Berang, tidak sanggup untuk menghantar anak mereka ke Kuala Terengganu, atau mereka yang berada di Gua Musang, tidak akan sanggup menghantar anak mereka ke Kota Bharu. Di sekolah-sekolah integrasi seperti ini pula, asrama tidak disediakan..jadi agak sukar.
Cadangan saya.
-Hantar anak/adik anda ke kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajran (PPKIBP) yang terdekat [sila rujuk pejabat pelajaran daerah masing-masing untuk senarai lengkap sekolah].
-Walaupun tiada pembelajaran spesifik seperti di sekolah-sekolah yang saya maksudkan tadi, namun PPKIBP mampu menerima anak/adik anda. Setiap guru di PPKIBP mempunyai RPI (Rancangan Pengajaran Individu) mengikut tahap dan kategori masalah murid.
-Jika sekiranya pemikiran anak/adik anda searas dan mampu untuk belajar di kelas perdana/biasa, guru-guru PPKIBP mungkin akan inklusifkan mereka ke kelas biasa dan memantau perkembangan mereka. Jangan Risau! Berkomunikasilah dengan guru-guru pendidikan khas tersebut,
Peluang Kejayaan.
Individu yang mengalami disleksia yang berjaya adalah seperti, Albert Einstein, Tom Cruise, Sylvester Stallone dan Lee Kuan Yew serta ramai lagi. Tetapi saya nasihatkan janganlah meletakkan ekspetasi yang terlalu tinggi. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. kalau pun tidak berjaya seperti personal yang saya sebutkan di atas, biarlah mereka menjadi anak yang soleh dan yang sekurang-kurangnya boleh menjaga ibu bapa suatu hari kelak :)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengejakan amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam Syurga yang penuh dengan kenikmatan" - Yunus 10:9
Ahad, 31 Januari 2010
Pusat perkhidmatan Pendidikan Khas
Antara perkhidmatan yang disediakan dan atau patut mereka sediakan ialah;
1) Khidmat terapi pertuturan
2) Khidmat audiologi
3) Kaunseling ibu bapa
4) Toy library
5) Pusat Rujukan
6) lain-lain
Jika sekiranya mereka tidak berupaya untuk mencari solusi kepada masalah anda atau apa-apa yang membuatkan anda runsing, insyaAllah mereka tahu ke mana sepatutnya anda akan di bawa seterusnya. Berikut adalah alamat 3PK setiap negeri (Sesetengah no. telefon yang digunakan adalah kepunyaan pejabat SKPK, dinasihatkan minta tolong sambungkan kepada 3PK yang berada di sekolah tersebut)
1) Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas
Bahagian Pendidikan Khas, KPM
d/a SKPK Alor Setar
Kuala Alor 05400 Alor Setar, Kedah
04-7325168
(ini adalah contoh alamat penuh, yang seterusnya akan menggunakan singkatan)
2) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Ipoh
Jln Tunku Abdul Rahman
Anjung Tawas
312oo Chemor, Perak. (05-2910310)
3) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Melaka
KM 4, Jalan Semabok
75050, Melaka (062840205)
4) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Johor Bahru
JKR 5739 Jln Pahlawan 17
Taman Ungku Tun Aminah
81300 Skudai, Johor. (075566181)
5) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Kuala Terengganu
21080 Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. (09-6163226, 096163221)
6) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Kota Samarahan
Jln Datuk Mohamad Musa
91300 Kota Samarahan, Sarawak (082-255605)
7) 3PK
BPK, KPM
d/a SKPK Kelantan
17000, Lati, Pasir Mas, Kelantan. (09-7912326)
Jumaat, 25 Disember 2009
PMR: Pelajar cacat mata dapat 7A
|
"Saya terkejut kerana inilah pertama kali pencapaian akademik pelajar meningkat sehinggakan seorang pelajar istimewa tahun ini mendapat A dalam semua mata pelajaran," kata pengetuanya Che Fatimah Che Abdullah.
Hanson Ang Ping Ting berjaya mendapat 7A, manakala dua yang lain Tan Ee Beng dan Mohammad Razlan Ibrahim Mukhtar masing-masing mendapat keputusan 6A.
Ang, yang berada di Seremban bersama keluarganya, telah menghubungi sekolah dengan telefon untuk mendapat keputusannya.
Che Fatimah turut bergembira kerana 13 daripada keseluruhan 20 pelajar sekolah tersebut yang mengambil PMR tahun ini mencatat kejayaan cemerlang, sekali gus menaikkan pencapaian kecemerlangan sekolah itu kepada 60 peratus berbanding 38.5 peratus pada tahun lepas.
"Usaha guru yang gigih dan komited perlu ada untuk mengajar pelajar istimewa kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih berbanding pelajar normal," kata Che Fatimah.
Di Melaka, pelajar Muhammad Syarifuddin Abu Tahir dari SMK Ayer Molek mungkin rabun jauh tetapi terang hatinya dan hari
ini tersenyum bangga apabila memperoleh keputusan 7A dan 1C dalam PMR.
Muhammad Syarifuddin yang mengalami kecacatan itu sejak kecil, sentiasa memerlukan bantuan rakan dan guru ketika belajar dalam kelas.
"Apabila saya kurang jelas melihat apa perkataan yang guru tulis di papan hitam, saya tidak malu meminta rakan saya untuk membacakannya untuk saya, itulah kebiasaan yang saya lakukan," katanya kepada pemberita.
Muhammad Syarifuddin berkata, kertas soalan yang diberikan kepadanya mempunyai tulisan besar berbanding kertas soalan untuk pelajar lain dan itu amat membantunya. BERNAMA
(sumber : Malaysiakini.com)
Isnin, 6 April 2009
Penempatan Kanak-kanak Khas
PROSEDUR KEMASUKAN MURID
+Sila dapatkan Borang Biodata Kanak-Kanak Dengan Keperluan Khas dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( Pendengaran /penglihatan ) / mana-mana sekolah yang mempunyai program integrasi pendidikan khas / Jabatan Pelajaran negeri masing-masing melalui unit pendidikan khas / Jabatan Kebajikan Masyarakat / di hostipal kerajaan yang berhampiran.
+Menjalani pemeriksaan perubatan di hospital dan disahkan mengalami masalah pendengaran / penglihatan / masalah pembelajaran oleh pakar perubatan yang bertauliah.
+Menghantar borang yang telah lengkap bersama satu salinan surat beranak kepada Pejabat Pelajaran Daerah yang berhampiran untuk diproses.
+Penempatan kemasukan murid diluluskan oleh Pegawai Pelajaran,Pejabat Pelajaran Daerah.
TAHUN PERSEKOLAHAN
Murid- murid diberi tempoh 2 tahun lebih daripada murid normal, sepanjang waktu persekolahan rendah dan menengah
SKPK , SMPK, PROGRAM INTEGRASI RENDAH DAN MENENGAH
# Sepengetahuan penulis terdapat 23 buah sekolah kebangsaan pendidikan khas (pendengaran) di seluruh Malaysia dan berikut adalah pecahannya
Kedah - 2 Perlis -1 P. Pinang-2 Perak -2 Selangor 1 Kuala Lumpur 2
Melaka -1 Johor -3 Pahang -1 Terengganu -2 Kelantan -1 Sarawak 3 Sabah -1
#Terdapat 5 buah sekolah kebangsaan pendidikan khas (penglihatan) di seluruh Malaysia iaitu satu di Johor Bahru, Satu di Kuala Lumpur, satu di Bukit Mertajam, Penang, satu di Kucing Sarawak dan satu di Tuaran Sabah
# Terdapat 2 buah sekolah Menengah Pendidikan Khas Pendengaran di Malaysia. Satu di Shah Alam (Vokasional), Selangor dan satu lagi di Pulau Pinang
# Terdapat sebuah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Penglihatan di Malaysia iaitu di Setapak, Kuala Lumpur
# Terdapat satu sekolah Pendidikan Khas Gabungan (Pendengaran, Penglihatan, Pembelajaran) iaitu di Johor.
# Terdapat banyak program integrasi bermasalah pembelajaran (rendah dan menengah) di seluruh Malaysia.. hubungi Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk mengetahui sekolah yang berdekatan dengan kediaman anda
BAGAIMANA JIKA ANAK ANDA TIDAK DI TERIMA SEKOLAH?
Biasanya bagi kes-kes teruk, sekolah tidak akan dapat menerima anak-anak anda..tapi jangan risau, anda boleh menghantar ke PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) terdekat..cuba tanya guru sekolah di mana anak anda tidak diterima, atau terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan untuk mendapatkan maklumat PDK. Ada juga pusat-pusat jagaan di bawah kendalian NGO seperti contoh di SCASFT di Petaling Jaya untuk kanak-kanak Spastik, Kiwanis utk kanak-kanak Sindrom down Sekolah Pertuturan Qiu di Cheras dan mcm2 lg. Boleh juga intai-intai dan cari maklumat di laman-laman yang saya sediakan di pautan..mana tau dapat membantu
Ahad, 5 April 2009
Prosedur Luar Jangkaan
p/s (contoh perlaksanaan adalah ke atas murid gabungan pekak dan MR)


